Philips 40PFT6550/12 ユーザーズマニュアル

ページ / 116
Kosongkan Ingatan Internet
Dengan  Kosongkan Ingatan Internet, anda boleh
mengosongkan semua fail dan log masuk Internet
yang disimpan pada TV anda, seperti kata laluan, kuki
dan sejarah.
Untuk mengosongkan ingatan Internet…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Wayarles dan Rangkaian dan
tekan 
 (kanan) untuk memasuki menu.
3 -  Pilih  Berwayar atau Wi-Fi >  Kosongkan Ingatan
Internet dan tekan  OK.
4 -  Pilih  OK untuk mengesahkan.
5 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Perkongsian Fail
TV boleh menyambung ke peranti lain dalam
rangkaian wayarles anda, seperti komputer atau
telefon pintar anda. Anda boleh menggunakan
komputer dengan Microsoft Windows atau Apple OS
X.
Pada TV ini, anda boleh membuka foto, muzik dan
video yang disimpan pada komputer anda.
3.2
Akaun Google
Daftar masuk
Untuk menikmati keupayaan penuh Android TV
Philips anda, anda boleh mendaftar masuk ke Google
menggunakan Akaun Google anda.
Dengan mendaftar masuk, anda akan dapat bermain
permainan kegemaran anda pada telefon, tablet dan
TV. Anda juga akan mendapat cadangan video dan
muzik disesuaikan pada skrin utama TV anda serta
akses ke YouTube, Google Play dan aplikasi lain.
Daftar masuk
 
 
Gunakan  Akaun Google sedia ada anda untuk
mendaftar masuk ke Google pada TV anda. Akaun
Google terdiri daripada alamat e-mel dan kata laluan.
Jika anda masih tidak mempunyai Akaun Google,
gunakan komputer atau tablet anda untuk mencipta
akaun (accounts.google.com). Untuk bermain
permainan dengan Google Play, anda memerlukan
profil Google+. Jika anda tidak mendaftar masuk
semasa pemasangan TV kali pertama, anda boleh
mendaftar masuk kemudian.
Untuk mendaftar masuk selepas anda membuat
pemasangan TV…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Tetapan Android dan tekan  OK.
3 -  Tekan 
 (bawah) dan
pilih  Peribadi >  Tambah akaun dan tekan  OK.
4 -  Tekan  OK pada  SIGN IN.
5 -  Dengan papan kekunci alat kawalan jauh,
masukkan alamat e-mel anda dan tekan
kekunci  OK kecil di bahagian kanan papan kekunci.
6 -  Masukkan kata laluan dan tekan
kekunci  OK kecil yang sama untuk mendaftar
masuk.
7 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu. 
Jika anda mahu mendaftar masuk dengan Akaun
Google lain, daftar keluar dahulu dan kemudian
daftar masuk menggunakan akaun satu lagi.
Tetapan Android
Anda boleh menetapkan atau melihat beberapa
tetapan atau maklumat khusus Android. Anda boleh
menemui senarai aplikasi yang dipasang pada TV
anda dan ruang storan yang diperlukan. Anda boleh
menetapkan bahasa yang anda mahu gunakan
dengan Carian Suara. Anda boleh mengkonfigurasi
papan kekunci pada skrin atau membenarkan aplikasi
menggunakan lokasi anda. Terokai tetapan Android
yang lain. Anda boleh pergi
ke 
 untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang tetapan ini.
Untuk membuka tetapan ini…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Tetapan Android dan tekan  OK.
3 -  Terokai tetapan Android yang lain.
4 -  Tekan 
  BACK jika perlu untuk menutup menu.
3.3
Galeri Aplikasi Philips
Aplikasi Philips
Sambungkan TV ke Internet untuk menikmati aplikasi
yang dipilih oleh Philips. Aplikasi ini dibuat khas untuk
TV.  Galeri Aplikasi Philips menawarkan pelbagai jenis
aplikasi. Untuk sesetengah negara, anda boleh
memasang aplikasi gedung Video tempatan atau
aplikasi daripada penyiar TV dalam negara
anda. Penyiar boleh menawarkan perkhidmatan TV
Ulangan.
Koleksi aplikasi Galeri Aplikasi Philips boleh berbeza-
beza mengikut negara atau wilayah.
Sesetengah aplikasi Galeri Aplikasi diprapasang pada
TV anda. Untuk memasang aplikasi lain daripada
Galeri Aplikasi, anda akan diminta untuk bersetuju
dengan Syarat Penggunaan. Anda boleh menetapkan
12