LG E400 オーナーマニュアル

ページ / 374
20
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang masalah 
telefon yang anda hadapi telah diterangkan 
dalam bahagian ini, sebelum anda 
membawa telefon anda untuk diservis atau 
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori 
telefon anda kurang daripada 10%, telefon 
anda tidak akan dapat menerima mesej 
baru. Anda perlu memeriksa memori 
telefon anda dan memadamkan sebahagian 
data seperti aplikasi atau mesej, untuk 
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Menguruskan aplikasi 
Pada skrin Utama, sentuh tab 
Aplikasi, 
lalu pilih 
Tetapan > Aplikasi > Uruskan 
aplikasi.
Selepas semua aplikasi muncul, tatal 
dan pilih aplikasi yang hendak anda 
nyahpasang.
Ketik 
Buang pemasangan, lalu sentuh 
OK untuk menyahpasang aplikasi yang 
anda pilih.