LG A230 ユーザーガイド

ページ / 106
3
Kandungan
Pendedahan kepada Tenaga 
Frekuensi Radio
Maklumat Pendedahan kepada 
Gelombang Radio dan Kadar 
Penyerapan Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model LG-A230 ini 
telah direka bentuk untuk mematuhi 
keperluan keselamatan yang dikenakan 
terhadap pendedahan kepada 
gelombang radio. Keperluan ini adalah 
berdasarkan garis panduan saintifik 
yang memasukkan margin keselamatan 
yang direka bentuk untuk memastikan 
keselamatan semua pengguna tanpa 
mengira umur dan keadaan kesihatan.
•   Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio 
menggunakan unit ukuran yang 
dikenali sebagai Kadar Penyerapan 
Khusus, atau SAR. Ujian SAR 
dijalankan menggunakan kaedah 
yang dipiawaikan dengan telefon 
memancarkan pada aras kuasa 
diperakui yang tertinggi dalam 
semua jalur frekuensi.
•   Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai model 
telefon LG, semuanya direka bentuk 
untuk memenuhi garis panduan 
relevan bagi pendedahan kepada 
gelombang radio.
•   Had SAR yang disyorkan
oleh Suruhanjaya mengenai 
Perlindungan Sinaran Bukan Pengion 
Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2 W/kg
dipuratakan ke atas 10 g tisu.
•   Nilai SAR tertinggi untuk telefon
bimbit model ini yang diuji oleh 
DASY4 untuk kegunaan berdekatan 
telinga ialah 1.43 W/kg (10 g), dan
apabila dipakai pada badan ialah 
1.44 W/kg (10 g).
•   Maklumat data SAR bagi penduduk
di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan 
oleh Institut Jurutera Elektrik dan 
Elektronik (IEEE), iaitu 1.6 W/kg
dipuratakan ke atas 1 g tisu.
Penjagaan dan 
Penyenggaraan Produk
  AMARAN: Hanya gunakan
bateri, pengecas dan aksesori 
yang diluluskan sahaja untuk 
digunakan dengan model telefon 
ini. Penggunaan mana-mana jenis 
lain boleh mentaksahkan sebarang 
kelulusan atau waranti yang 
dikenakan pada telefon, dan ia 
mungkin berbahaya.
•   Jangan tanggalkan pemasangan unit
ini. Bawa ia kepada juruteknik servis 
yang layak jika kerja pembaikan 
diperlukan.
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
LG-A230_SEA_Malay_1.0_110617.indd   3
11. 06. 17   오후 4:19