LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
9
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum 
yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi 
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak 
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami 
juga mengesyorkan bahawa volumnya muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang 
berpatutan.
 
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volumnya jika anda tidak dapat mendengar 
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah 
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh 
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak 
atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak 
yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti 
menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang 
diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut 
sebarang aturan dan peraturan.