LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
14
• 
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
• 
Matikan penyegerakkan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
• 
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa 
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
• 
Daripada skrin Utama, ketik tab 
 > Apl (jika perlu) > Tetapan 
 > tab Umum > 
Mengenai telefon > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan dipaparkan 
pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal cara kuasa bateri digunakan:
• 
Daripada skrin Utama, ketik tab 
 > Apl (jika perlu) > Tetapan 
 > tab Umum > 
Mengenai telefon > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ciri ini memberitahu tempoh masa 
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang 
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa bateri 
pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan 
kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3.  Sebelum memasang aplikasi dan sistem 
pengendalian (OS) sumber terbuka
 AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang 
disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda 
gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh 
waranti ini.