LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
18
8.  Pegang telefon anda secara menegak
Pegang telefon bimbit anda secara menegak, sebagaimana anda memegang telefon 
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak 
mencalarkan atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan 
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan 
memegang bahagian bawah telefon tempat antena terletak. Berbuat demikian dapat 
menjejaskan kualiti panggilan.
9.  Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba 
mengendalikannya:
Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk memulakan semula telefon 
anda.
Jika telefon masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.