LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
25
Sentuh 
 untuk buka senarai aplikasi.
Tatal dan sentuh Tetapan > tab Umum > Storan.
Sentuh Menyahlekap kad SD.
Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua.
Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih 
Memadam semua.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci 
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan 
menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon anda, tekan Kekunci Kuasa/Kunci untuk 
mengunci telefon anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, program 
ini mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada 
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak perlu 
(seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan Kekunci Kuasa/Kunci. Skrin kunci akan 
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci 
skrin. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.