LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
30
Kekunci Pantas tersedia di bahagian bawah skrin Utama. Kekunci Pantas memberikan 
akses mudah dan akses satu ketik kepada fungsi yang anda gunakan paling kerap.
NOTA: Untuk menambah ikon, seretnya ke bar Kekunci Pantas dan 
lepaskannya. Untuk mengalih ikon, seretnya keluar dari bar Kekunci Pantas.
Menyesuaikan Skrin utama
Anda boleh menyesuaikan Skrin utama anda dengan menambahkan aplikasi, muat turun, 
widget, atau kertas dinding. Untuk menggunakan telefon anda dengan lebih mudah, 
tambahkan widget kegemaran anda pada Skrin utama.
Untuk menambah item pada skrin Utama anda:
Sentuh dan tahan bahagian kosong pada Skrin utama. 
Ketik tab yang dikehendaki. Pilih daripada Apl atau Widget.
Seret ikon aplikasi yang diingini ke lokasi yang dikehendaki dan angkat jari anda.
Untuk mengalih keluar item daripada Skrin utama:
• 
Sentuh dan tahan ikon yang anda mahu keluarkan, kemudian seretnya ke 
 dan 
lepaskannya.
PETUA! Untuk menambah ikon aplikasi ke Skrin utama dari skrin Aplikasi, 
sentuh dan tahan aplikasi yang anda ingin tambah dan seret aplikasi ke 
lokasi yang dikehendaki.
PETUA! Menggunakan folder
Anda boleh gabungkan beberapa ikon aplikasi ke dalam folder untuk 
membantu anda kekal teratur. Jatuhkan ikon aplikasi ke atas satu lagi pada 
skrin Utama dan folder akan dicipta dengan kedua-dua ikon berada di 
dalamnya.