LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
35
Pertama kali anda membuka aplikasi Google pada telefon anda, anda akan diminta untuk 
mendaftar masuk dengan akaun Google sedia ada anda. Jika anda tidak mempunyai akaun 
Google, anda akan digesa untuk membuatnya.
Membuat akaun Google anda
Daripada skrin Utama, ketik 
 untuk membuka skrin aplikasi.
Ketik Tetapan 
 > tab Umum > Akuan & selari > Tambah akaun > Google > 
Baharu untuk memulakan wizard penyediaan Gmail.
Sentuh medan teks untuk membuka papan kekunci dan masukkan nama dan nama 
pengguna anda bagi akaun Google anda. Semasa memasukkan teks, anda boleh 
bergerak ke medan teks seterusnya dengan mengetik Selepas pada papan kekunci.
Setelah anda selesai memasukkan nama dan nama pengguna anda, ketik 
. Telefon 
anda kemudiannya berkomunikasi dengan pelayan Google dan memeriksa ketersediaan 
nama pengguna.
Masukkan kata laluan anda dan masukkan sekali lagi. Kemudian ikut arahan dan 
masukkan maklumat yang diperlukan serta pilihan mengenai akaun. Tunggu sementara 
pelayan mewujudkan akaun anda.
Persediaan akaun Google