LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
47
Telefon anda menggabungkan mesej teks dengan mesej multimedia dalam satu menu 
intuitif yang mudah digunakan.
NOTA: Mesej LG perlu disediakan ke aplikasi SMS lalai. Jika tidak, 
beberapa fungsi mesej akan menjadi terhad.
Menghantar mesej
Ketik 
 pada skrin Utama dan ketik 
 untuk mengarang mesej baru.
Masukkan nama kenalan atau nombor panggilan dalam medan Hingga. Setelah anda 
memasukkan nama kenalan, kenalan yang sepadan akan muncul. Anda boleh mengetik 
penerima yang dicadangkan. Anda boleh menambahkan lebih daripada satu kenalan.
NOTA: Anda akan dikenakan caj bagi mesej teks bagi setiap individu yang 
anda hantar mesej.
Ketik medan teks dan mula mengarang mesej anda.
Ketik Kekunci Menu 
 untuk mengakses pilihan pemesejan.
PETUA! Anda boleh ketik ikon 
 untuk melampirkan fail yang anda ingin 
kongsi.
Ketik Hantar untuk menghantar mesej anda.
Maklum balas akan muncul pada skrin. Semasa anda melihat dan menghantar mesej 
tambahan, urutan mesej akan diwujudkan.
Mesej