LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
73
PETUA! Untuk menggunakan ciri QuickRemote dengan pantas, sentuh 
dan luncurkan Bar Status ke bawah dan ketik
 
 pada bar Tetapan Pantas 
untuk mengaktifkannya.
Sentuh Kekunci Menu
 
 untuk memilih Tetapan Alat Kawalan Jauh 
Magik, Sunting nama jarak jauh, Pindah alat kawalan jauh, Padam 
secara jauh, Sunting bilik, Tetapan dan Bantuan.
NOTA: QuickRemote menampilkan alat kawalan jauh biasa dan isyarat 
inframerah (IR) yang beroperasi dengan cara yang sama. Dengan itu, 
berhati-hati supaya tidak menghalang sensor inframerah apabila anda 
menggunakan QuickRemote. Fungsi ini mungkin tidak disokong, bergantung 
pada model, pengilang atau syarikat perkhidmatan.
Radio FM
Telefon anda mempunyai radio FM binaan dalam agar anda boleh menala ke stesen 
kegemaran anda dan mendengar semasa bergerak. Untuk mendengar radio, daripada skrin 
Utama, ketik tab 
 > Apl (jika perlu) > Radio FM 
Mencari stesen
Anda boleh menala telefon anda ke stesen radio dengan mencari secara manual atau 
automatik. 
Buka aplikasi Radio FM, kemudian ketik 
 > Imbas.
Semasa auto imbas, ketik Batal jika anda mahu berhenti mengimbas. Hanya saluran 
yang diimbas yang akan disimpan sebelum anda berhenti mengimbas.