LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
81
TAMAT PANGGILAN
   Simpan nombor tidak dikenali – Menambah nombor tidak diketahui ke senarai 
kenalan anda selepas panggilan.
   Butang kuasa menamat panggilan – Tandakan bagi membolehkan anda menamatkan 
panggilan suara dengan menekan Kekunci Kuasa/Kunci.
LAIN-LAIN
  
Sekatan 
panggilan 
– Kunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
  
Tempoh 
Panggilan 
– Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Panggilan 
keluar, Panggilan masuk dan Semua panggilan.
  
Tetapan 
tambahan 
– Membolehkan anda menukar tetapan berikut:
   
ID 
Pemanggil: 
Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada 
panggilan keluar.
   
Panggilan 
menunggu: 
Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan 
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab 
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).
SAMBUNGAN
< Kongsi & Bersambung >
KONGSI DATA / MEDIA
  
NFC – Telefon anda adalah telefon mudah alih berdaya NFC. NFC (Komunikasi Medan 
Dekat) adalah teknologi kesambungan wayarles yang mendayakan komunikasi dua hala 
antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam jarak liputan beberapa sentimeter. Anda 
boleh berkongsi kandungan anda dengan tag NFC atau peranti lain yang disokong NFC 
hanya dengan mengetiknya menggunakan peranti anda. Jika anda mengetik tag NFC 
dengan peranti anda, ia akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
     Untuk menghidupkan atau mematikan NFC: Pada Skrin utama, sentuh dan 
luncurkan panel pemberitahuan ke bawah dengan jari anda, lalu pilih ikon NFC untuk 
menghidupkannya.