LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
93
PERISIAN LG
  
PC 
Suite – Tandakan ini untuk menggunakan LG PC Suite dengan sambungan WLAN 
anda. Sila ambil perhatian bahawa rangkaian WLAN hendaklah disambungkan kepada 
LG PC Suite melalui sambungan WLAN.
  
Bantuan 
– Bantuan bagi perisian LG.
< Aksesori >
bekas QuickWindow – Aktifkan bekas QuickWindow yang membolehkan anda melihat 
sebahagian kecil skrin dengan penutup tertutup.
Pasang & Pop Fon Telinga – Tetapkan senarai aplikasi Plug & Pop agar ditunjukkan 
semasa fon telinga disambungkan.
< Mencetak >
Membenarkan anda mencetak kandungan skrin yang tertentu (seperti halaman web yang 
dipaparkan dalam Chrome) kepada pencetak yang disambungkan pada rangkaian WLAN 
yang sama seperti peranti Android anda.
< Mengenai telefon >
Menu ini membolehkan anda menguruskan kemas kini perisian anda dan melihat pelbagai 
maklumat yang berkaitan dengan peranti anda.
Nama telefon – Membolehkan anda menukar nama telefon anda. Ini akan menjadi nama 
telefon anda untuk Bluetooth, WLAN Direct, dsb.
Pusat kemaskini – Semak kemas kini untuk aplikasi dan perisian yang disediakan oleh LG 
Electronics.
Rangkaian – Membenarkan anda melihat rangkaian anda, jenis rangkaian dan kekuatan, 
keadaan perkhidmatan, status perayauan, keadaan rangkaian mudah alih dan alamat IP.
Status – Membolehkan anda melihat nombor telefon anda, IMEI dan IMEI SV.
Bateri – Membenarkan anda melihat status bateri, tahap bateri dan maklumat penggunaan 
bateri.