LG P690 사용자 가이드

다운로드
페이지 264
18
 AMARAN 
Jangan masukkan atau 
keluarkan kad memori semasa 
telefon dalam keadaan hidup. 
Berbuat demikian mungkin 
akan merosakkan kad 
memori juga telefon anda, 
dan data yang disimpan pada 
kad memori mungkin akan 
tercemar. Untuk mengeluarkan 
kad memori dengan selamat 
pada skrin Utama, sentuh tab 
Aplikasi, lalu pilih Tetapan 
> Kad SD & penyimpanan 
telefon > Menyahlekap kad 
SD.
8.  Membuka dan beralih 
aplikasi
Berbilang tugasan menjadi 
mudah dengan Android kerana 
lebih daripada satu aplikasi 
boleh berjalan pada masa yang 
sama. Tidak perlu keluar dari 
aplikasi sebelum membuka 
yang lain. Gunakan dan beralih 
antara beberapa aplikasi terbuka. 
Android mengurus setiap aplikasi, 
menghentikan dan memulakan 
seperlunya untuk memastikan 
bahawa aplikasi yang melahu 
tidak akan menggunakan sumber 
tanpa keperluan.
Menghentikan aplikasi
Pada skrin Utama, sentuh tab 
Aplikasi, lalu pilih Tetapan > 
Aplikasi
 > Uruskan aplikasi.
Tatal ke aplikasi yang 
dikehendaki dan sentuh 
Memaksa berhenti untuk 
menghentikannya.
PETUA
 Untuk kembali ke 
aplikasi-aplikasi yang baru 
digunakan, Sentuh dan tahan 
kekunci Utama. Suatu skrin 
kemudian akan memaparkan 
senarai aplikasi yang anda 
gunakan baru-baru ini.
Notis penting