LG E510 Optimus Hub Manual Do Utilizador

Página de 424
8
Sila baca garis panduan yang mudah ini. 
Ketidakpatuhan terhadap garis panduan ini 
mungkin membahayakan atau tidak sah di 
sisi undang-undang. 
Pendedahan kepada tenaga 
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang 
radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR). 
Telefon mudah alih model LG-E510 telah 
direka bentuk untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang dikenakan terhadap 
pendedahan kepada gelombang radio. 
Keperluan ini adalah berdasarkan garis 
panduan saintifik yang termasuk margin 
keselamatan yang direka bentuk untuk 
memastikan keselamatan semua orang 
tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada 
gelombang radio menggunakan unit 
ukuran yang disebut sebagai Kadar 
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian 
bagi SAR dijalankan menggunakan 
kaedah yang dipiawaikan dengan 
telefon memancarkan pada aras kuasa 
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur 
frekuensi.
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap