LG P725 Optimus 3D Max Guia Do Utilizador

Página de 258
22
 AMARAN:
Jangan masukkan atau
keluarkan kad memori semasa telefon
dihidupkan. Berbuat demikian mungkin
akan merosakkan kad memori serta
telefon anda, dan data yang disimpan
pada kad memori mungkin akan rosak.
Untuk memformat kad memori: 
Kad memori mungkin telah diformatkan.
Jika tidak, anda mesti memformatkannya
sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA:
Semua fail pada kad memori anda
akan dipadamkan apabila ia diformatkan.
1  
Pada skrin utama, sentuh tab
Aplikasi
untuk membuka menu aplikasi.
2  
Skrol dan sentuh
Tetapan > Simpanan.
3  
Sentuh
Menyahlekap kad SD.
4  
Sentuh
 Memformat kad SD > 
Memformat kad SD > Memadam semua.
5  
Jika anda telah menetapkan kunci corak,
masukkan kunci corak kemudian pilih
Memadam semua.
NOTA: 
Jika terdapat kandungan pada
kad memori anda, struktur foldernya
mungkin berbeza selepas pemformatan
memandangkan semua fail telah
dipadamkan.
Mengunci dan menyahkunci 
skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon buat
beberapa lama, skrin akan terpadam dan
terkunci secara automatik. Ini membantu
menghalang daripada kekunci ditekan tanpa
sengaja dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan LG-P725,
tekan kekunci Kuasa/Kunci
untuk
mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan
ketika anda menetapkan skrin kunci, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod
Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod
Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web
dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan
kekunci Kuasa/Kunci
. Skrin kunci
akan muncul. Sentuh dan luncurkan skrin
kunci ke atas untuk membuka kunci skrin
utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat
akan terbuka.
Mengenali telefon anda