LG P725 Optimus 3D Max Guia Do Utilizador

Página de 258
52
Untuk menukar volum semasa mendengar
muzik, tekan kekunci volum ke atas dan
bawah pada sisi kiri telefon.
Sentuh dan tahan sebarang lagu di dalam
senarai. Ia akan memaparkan
Main,
Tambah pada senarai main, Guna 
sebagai nada dering, Padam, Kongsi, Cari
dan
Butiran sebagai pilihan.
NOTA:
Hak cipta fail muzik mungkin
dilindungi oleh perjanjian antarabangsa
dan undang-undang hak cipta nasional.
Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin
perlu diperoleh untuk mengeluarkan
semula atau menyalin muzik.
Dalam sesetengah negara, undang-
undang nasionalnya melarang
penyalinan peribadi bahan berhak cipta.
Sebelum memuat turun atau menyalin
fail, semak undang-undang nasional
negara yang berkenaan mengenai
penggunaan bahan sedemikian.
Radio FM
LG-P725 anda mempunyai Radio FM terbina
dalam agar anda boleh mendapatkan stesen
kegemaran anda dan mendengarnya dalam
perjalanan.
NOTA: 
Anda perlu menggunakan fon
kepala anda untuk mendengar radio.
Masukkannya ke dalam bicu fon kepala.
Mencari stesen
Anda boleh menala telefon anda ke stesen
radio dengan mencari secara manual atau
automatik. Ia kemudiannya akan disimpan
ke dalam nombor saluran khusus, agar anda
tidak perlu mencarinya sekali lagi.
Anda boleh menyimpan sehingga 48 saluran
pada telefon anda.
Menala secara automatik.
1  
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi
dan pilih
RadioFM .
2  
Sentuh kekunci
Menu, lalu sentuh
Imbas Auto.
3  
Jika terdapat saluran yang telah
dipraset, anda akan ditanya dalam pop
timbul "Menetap semula semua saluran
dan mulakan imbasan Auto?". Jika
anda memilih OK, semua saluran yang
dipraset akan dipadamkan dan
Imbas 
Multimedia