LG P725 Optimus 3D Max Guia Do Utilizador

Página de 258
69
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi  
kemudian skrol dan sentuh
Tetapan.
Wayarles & rangkaian
Di sini, anda boleh menguruskan Wi-Fi dan
Bluetooth. Anda juga boleh menyediakan
rangkaian mudah alih dan beralih kepada
mod pesawat.
Mod pesawat – Selepas beralih kepada
mod pesawat, semua sambungan wayarles
akan dinyahdayakan.
Wi-Fi – Menghidupkan Wi-Fi untuk
menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang
tersedia.
Tetapan Wi-Fi – Membolehkan anda
menyedia dan menguruskan pusat akses
wayarles. Tetapkan pemberitahuan rangkaian
atau tambah rangkaian Wi-Fi. Skrin tetapan
Wi-Fi lanjutan diakses daripada skrin tetapan
Wi-Fi. Tekan kekunci
Menu dan sentuh 
Lanjutan.
Bluetooth – Hidupkan atau matikan ciri
wayarles Bluetooth.
Tetapan Bluetooth
-
Nama peranti: Tetapkan nama Bluetooth
untuk peranti anda.
-
Boleh ditemui: Tetapkan peranti anda
agar dapat dilihat oleh peranti Bluetooth
yang lain.
-
Imbas peranti: Tetapkan peranti anda
untuk mencari peranti yang didayakan
Bluetooth yang lain.
NOTA: 
Tekan Menu untuk menukar tetapan 
pemindahan Kenalan.
• Hantar sebagai satu fail: Hantar
kenalan sebagai vCard tersarang.
Ini mungkin mengurangkan masa
pemindahan, tetapi peranti lama
mungkin tidak menyokong mod
penerimaan kenalan ini.
• Hantar berasingan: Hantar setiap
kenalan sebagai vCard tunggal. Apabila
peranti lama tidak dapat menerima
semua kenalan, pilih mod ini.
Hotspot mudah alih – Anda boleh
mengkonfigurasikan tetapan hotspot Wi-Fi
mudah alih.
Tetapan VPN - Memaparkan senarai
Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang
telah anda konfigurasikan sebelum ini.
Membolehkan anda menambah jenis-jenis
VPN yang berbeza.
Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan
untuk perayauan data, mod & operator
rangkaian, nama titik akses (APN), dan
seterusnya.
Tetapan