LG P725 Optimus 3D Max Guia Do Utilizador

Página de 258
75
Menetapkan semua telefon tidak
akan memadamkan sebarang kemas
kini perisian sistem yang telah anda
muat turun atau sebarang fail pada
kad microSD atau memori dalaman
anda, seperti muzik atau foto. Oleh itu,
jika anda ingin memadamkan semua
data pada memori dalaman semasa
mengeset semula telefon, tandakan
kotak semak Padam memori dalaman.
Simpanan
Semak maklumat memori bagi kad memori
dan peranti anda dan formatkan memori
luaran atau dalaman.
Anda juga boleh menyahlekap kad memori
(kad SD) untuk mengeluarkannya atau
memformatnya dengan selamat.
Bahasa & papan kekunci
Gunakan tetapan Bahasa & papan kekunci
untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon
anda dan untuk mengkonfigurasikan papan
kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang
telah anda tambahkan pada kamusnya.
Input & output suara
Tetapkan tetapan Pengecam suara dan
gunakan tetapan Teks ke Pertuturan untuk
mengkonfigurasi pensintesis teks ke
pertuturan Android untuk aplikasi yang boleh
memanfaatkan kelebihannya.
< Input suara >
Tetapan pengecam suara – Gunakan
Tetapan pengecam suara untuk
mengkonfigurasi ciri input suara Android
.
Bahasa: Membuka skrin di mana anda
dapat menetapkan bahasa pertuturan
yang anda gunakan apabila memasukkan
teks.
SafeSearch: Membuka kotak dialog di
mana anda dapat menetapkan sama
ada anda menghendaki penapis Google
SafeSearch menyekat sebahagian hasil
carian.
Halang perkataan menjelikkan: Jika
dinyahtanda, pengecaman suara Google
akan mengecam dan mentranskripsi
perkataan yang dianggap banyak orang
sebagai menjelikkan, apabila anda
memasukkan teks melalui pertuturan.
Apabila dipilih, pengecaman suara Google
mengganti perkataan dalam transkripsi
dengan pemegang tempat yang terdiri
daripada simbol bintang (*).