LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Maklumat Notis Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber di bawah GPL, LGPL, MPL dan lesen 
sumber terbuka lain yang terkandung dalam produk ini, sila lawati  
http://opensource.lge.com.
Selain kod sumber, semua terma lesen yang dirujuk, penafian waranti dan 
notis hak cipta tersedia untuk dimuat turun.
LG Electronics juga akan memberikan kod sumber terbuka kepada anda 
dalam CD-ROM dengan bayaran yang termasuk membiayai kos pengedaran 
(seperti kos media, pengiriman dan pengendalian) apabila menerima 
permintaan e-mel yang dikirimkan kepada opensource@lge.com. Tawaran ini 
sah selama tiga (3) tahun dari tarikh anda membeli produk tersebut.
CARA MENGEMAS KINI PERANTI ANDA
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan 
peningkatan.
Pilih kemaskini perisian dalam menu tetapan di peranti anda.
Kemaskini peranti anda dengan menyambungkannya ke PC anda. 
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang menggunakan fungsi ini, 
sila lawati http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-H735 
ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam 
Arahan 1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di 
http://www.lg.com/global/declaration