LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
61
Multimedia
Ketik untuk memulakan semula lagu semasa atau melangkau ke lagu 
sebelumnya dalam album, senarai main atau kocok. Sentuh dan tahan 
untuk putar semula.
Ketik untuk melaraskan volum.
Ketik untuk menetapkan kesan audio.
Ketik untuk memainkan senarai main semasa dalam mod kocok (lagu 
dimainkan dalam susunan rawak).
Ketik untuk menogol melalui ulang semua lagu, ulang lagu semasa dan 
ulang matikan.
Ketik untuk berkongsi muzik anda menggunakan fungsi SmartShare.
Ketik untuk menambah lagu ke kegemaran anda.
Ketik untuk membuka senarai main semasa.
Ketik untuk mengakses pilihan tambahan.
NOTA
Bergantung pada perisian yang dipasangkan, sesetengah format fail 
mungkin tidak disokong.
Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda 
membuka fail.
Hak cipta fail muzik mungkin dilindungi oleh perjanjian antarabangsa dan 
undang-undang hak cipta nasional. Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin 
perlu diperoleh untuk mengeluarkan semula atau menyalin muzik. Dalam 
sesetengah negara, undang-undang nasionalnya melarang penyalinan 
peribadi bahan berhak cipta. Sebelum memuat turun atau menyalin 
fail, semak undang-undang nasional negara yang berkenaan mengenai 
penggunaan bahan sedemikian.