LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
71
Tetapan 
< SAMBUNGAN >
Kongsi & Bersambung
NFC – Telefon anda adalah telefon mudah alih selular yang didayakan NFC. 
NFC (Komunikasi Medan Dekat) adalah teknologi kesambungan wayarles yang 
mendayakan komunikasi dua hala antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam 
jarak liputan beberapa sentimeter. Anda boleh berkongsi kandungan anda 
dengan tag NFC atau peranti lain yang disokong NFC hanya dengan mengetiknya 
menggunakan peranti anda. Jika anda mengetik tag NFC dengan peranti anda, ia 
akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
Android Beam – Apabila ciri ini dihidupkan, anda boleh memindahkan kandungan 
aplikasi ke peranti berkeupayaan NFC dengan merapatkan peranti.  
Hanya rapatkan kedua-dua peranti (biasanya membelakangi satu sama lain) 
kemudian ketik skrin anda. Apl akan menentukan apa yang akan dipancarkan.
SmartShare Beam – Membolehkan anda menerima kandungan multimedia 
melalui telefon dan tablet LG.
Pelayan media – Berkongsi kandungan media dengan peranti serasi DLNA yang 
berdekatan.
LG Bridge – Membolehkan anda menyambung kepada komputer untuk mengurus 
telefon anda.
Mencetak – Membenarkan anda mencetak kandungan skrin yang tertentu 
(seperti halaman web yang dipaparkan dalam Chrome) kepada pencetak yang 
disambungkan pada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti Android anda. 
Penambat
Penambatan USB – Membolehkan anda berkongsi sambungan Internet dengan 
komputer anda melalui kabel USB.
Wi-Fi hotspot – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan 
sambungan broadband mudah alih. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda. 
Bluetooth ditambat – Membolehkan anda menyambung ke peranti lain melalui 
Bluetooth.
Bantuan – Memaparkan maklumat Bantuan tentang penambatan USB, hotspot 
Wi-Fi, dan penambatan Bluetooth.