LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
100
Soalan Lazim
Kategori
Soalan
Jawapan
Pengecas
Bolehkah saya 
mengecas telefon 
saya menggunakan 
kabel data USB tanpa 
memasang pemacu 
USB yang diperlukan?
Ya, telefon dicas melalui kabel USB 
tanpa mengira sama ada pemacu yang 
diperlukan telah dipasang atau tidak.
Penggera
Bolehkah saya 
menggunakan fail 
muzik untuk penggera 
saya?
Ya. Selepas menyimpan fail muzik 
sebagai nada dering, anda boleh 
menggunakannya sebagai penggera.
1.  Sentuh dan tahan lagu dalam 
senarai pustaka. Dalam menu yang 
terbuka, ketik Setkan sebagai nada 
dering > Nada dering telefon atau 
Nada dering pemanggil.
2.  Pada skrin Tetapan Jam Penggera, 
pilih lagu sebagai nada dering.
Penggera
Dapatkah penggera 
didengari atau adakah 
ia berbunyi jika telefon 
dimatikan?
Tidak, ini tidak disokong.
Penggera
Jika volum pendering 
saya ditetapkan 
kepada getar, 
bolehkah saya 
mendengar penggera 
saya?
Penggera anda telah diprogramkan 
agar dapat didengar walaupun dalam 
keadaan ini.