LG LGE420 Benutzeranleitung

Seite von 320
30
Skrin utama anda
NOTA:
Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
Jangan tekan terlalu kuat, skrin Sentuh cukup sensitif untuk mengesan 
sentuhan yang ringan, namun teguh.
Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki. 
Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.
Skrin Utama
Gambaran Keseluruhan skrin Utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk banyak aplikasi dan fungsi dan ia 
membenarkan anda menambah item seperti ikon aplikasi, pintasan, folder atau widget 
untuk memberikan anda akses segera kepada maklumat dan aplikasi. Ini ialah halaman 
lalai dan dapat dicapai dari sebarang menu dengan menyentuh kekunci 
Utama.
Pada skrin Utama anda, anda boleh melihat ikon menu di bahagian bawah skrin. Ikon 
menu menyediakan akses mudah satu sentuhan kepada fungsi yang paling kerap anda 
gunakan.
Sentuh ikon 
Telefon untuk membawa pad dailan sentuh ke atas untuk membuat 
panggilan.
Sentuh ikon 
Kenalan untuk membuka kenalan anda.
Sentuh ikon 
Mesej untuk mengakses menu pemesejan. Anda boleh mengarang 
mesej baru di sini.
Sentuh tab 
Aplikasi pada bahagian bawah skrin. Ini akan memaparkan semua 
aplikasi anda yang telah dipasang. Untuk membuka mana-mana aplikasi, hanya 
sentuh ikon dalam senarai aplikasi.