LG LGE420 Benutzeranleitung

Seite von 320
39
NOTA: Kedudukan ikon pada bar status mungkin berbeza mengikut fungsi 
atau perkhidmatan.
Papan kekunci atas skrin
Anda juga boleh memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin. 
Papan kekunci atas skrin muncul secara automatik pada skrin apabila anda perlu 
memasukkan teks. Untuk memaparkan papan kekunci secara manual, hanya sentuh 
medan teks di mana anda hendak memasukkan teks.
Menggunakan pad kekunci & memasukkan teks
  Ketik sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taip dalam huruf besar. 
Ketik dua kali untuk membuatkan semua huruf besar.
    Ketik untuk beralih kepada papan kekunci angka dan simbol.
  Ketik untuk melihat menu Tetapan.
  Ketik untuk memasukkan ruang.
  Ketik untuk mencipta baris baru.
  Ketik untuk memadam aksara yang sebelumnya.
Memasukkan huruf aksen
Apabila anda memilih bahasa Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa masukan teks, 
anda boleh memasukkan aksara istimewa Perancis atau Sepanyol (seperti “á”).
Sebagai contoh, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan kekunci "a" sehingga 
kekunci zum masuk menjadi semakin besar dan memaparkan aksara daripada pelbagai 
bahasa. 
Lalu pilih aksara khas yang anda kehendaki.