LG LGE420 Benutzeranleitung

Seite von 320
44
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas 
tangan, mungkin mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000. 
Jika peranti yang satu lagi mempunyai PIN, anda akan diminta untuk 
memasukkannya.
Hantar data menggunakan ciri wayarles Bluetooth
1  
Pilih fail atau item, seperti kenalan, acara kalendar, atau fail media, daripada aplikasi 
bersesuaian atau daripada 
Muat turun.
2  
Pilih pilihan untuk menghantar data melalui Bluetooth.
NOTA: Kaedah untuk memilih pilihan mungkin berbeza mengikut jenis data.
3  
Cari dan pasangkan dengan peranti yang didayakan Bluetooth.
Terima data menggunakan ciri wayarles Bluetooth
1  
Sentuh 
 > tab 
Apl > Tetapan > tetapkan Bluetooth kepada ON dan sentuh 
Nama model agar ia dapat dilihat pada peranti lain.
NOTA: Untuk memilih tempoh masa bagi peranti anda kelihatan, sentuh 
 
> Keterlihatan tamat masa.
2  
Pilih 
Pasangan untuk mengesahkan bahawa anda bersedia untuk menerima data 
daripada peranti itu.
Berkongsi sambungan data telefon anda
Penambatan USB & kawasan istimewa Wi-Fi Mudah Alih adalah ciri-ciri yang hebat 
apabila tidak terdapat sambungan wayarles. Anda dapat berkongsi sambungan data 
mudah alih telefon anda dengan satu komputer sahaja melalui kabel USB (penambatan 
USB). Anda juga boleh berkongsi sambungan data telefon anda dengan lebih daripada 
satu peranti sekali gus, dengan menjadikan telefon anda ke dalam kawasan istimewa 
Wi-Fi mudah alih.