LG LGE420 Benutzeranleitung

Seite von 320
59
Menggunakan tetapan lanjutan
Dalam pencari pandangan, ketik 
 untuk membuka pilihan lanjutan. Anda boleh 
menukar tetapan kamera dengan menatal melalui senarai ini. Selepas memilih pilihan, 
ketik kekunci 
Kembali.
Sentuh jika anda ingin mengubah menu pemidang tilik.
Mencari tetapan warna dan lampu yang sesuai dengan persekitaran 
semasa.
Pengadaran ISO menentukan kepekaan sensor cahaya kamera. Semakin 
tinggi ISO, semakin sensitif kamera itu. Ini berguna dalam keadaan lebih 
gelap apabila anda tidak dapat menggunakan denyar.
Memperbaiki kualiti warna dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
Memberi kesan artistik kepada gambar anda.
Menetapkan masa tunda selepas butang tangkap ditekan. Ini sangat sesuai 
jika anda juga mahu bergambar sama.
Aktifkan yang ini untuk menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi 
telefon anda. Ambil gambar di mana sahaja anda berada dan tag ia 
bersama lokasi. Jika anda memuat naik gambar yang ditag pada blog yang 
menyokong geo-tag, anda boleh melihat gambar tersebut dipaparkan di 
atas peta.
NOTA: Fungsi ini hanya tersedia apabila fungsi GPS aktif.
Memilih bunyi pengatup.
Secara automatik ia akan menunjukkan gambar yang baru anda ambil.
Pilih storan untuk menyimpan imej.