LG LGE420 Benutzeranleitung

Seite von 320
5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin 
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR). 
Telefon mudah alih model LG-E420 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini 
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang 
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan 
kesihatan.
Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran 
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan 
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras 
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, 
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi 
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion 
(Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/
kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan di 
telinga ialah 0.838 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.704 W/Kg 
(10 g).
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada 
dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada 
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali 
pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, 
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak 
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan 
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien