LG P690 Betriebsanweisung

Seite von 360
5
Sila baca garis panduan yang 
mudah ini. Ketidakpatuhan 
terhadap garis panduan ini mungkin 
membahayakan atau tidak sah di 
sisi undang-undang. 
Pendedahan kepada 
tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada 
gelombang radio dan Kadar 
Penyerapan Khusus (SAR). Telefon 
mudah alih model LG-P690 telah 
direka bentuk untuk mematuhi 
keperluan keselamatan yang 
dikenakan terhadap pendedahan 
kepada gelombang radio. Keperluan 
ini adalah berdasarkan garis 
panduan saintifik yang termasuk 
margin keselamatan yang direka 
bentuk untuk memastikan 
keselamatan semua orang tanpa 
mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan 
kepada gelombang radio 
menggunakan unit ukuran yang 
disebut sebagai Kadar Penyerapan 
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR 
dijalankan menggunakan kaedah 
yang dipiawaikan dengan telefon 
memancarkan pada aras kuasa 
diperakui yang tertinggi dalam 
semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan 
antara tahap SAR pelbagai model 
telefon LG, ia semua direka 
bentuk untuk memenuhi garis 
panduan relevan bagi pendedahan 
kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh 
Suruhanjaya Antarabangsa 
mengenai Perlindungan Sinaran 
Bukan Pengion (International 
Commission on Non-Ionizing 
Radiation Protection) (ICNIRP) 
ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 
10g tisu.
Nilai SAR tertinggi untuk telefon 
model ini yang diuji oleh DASY4 
untuk penggunaan di telinga ialah 
1.05 W/kg (10 g) dan apabila 
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat 
dan cekap