LG H650E Betriebsanweisung
Tetapan
85
84
Tarikh & Masa
Menetapkan pilihan anda tentang cara tarikh dan masa dipaparkan.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Umum > Tarikh & Masa.
Storan
Anda boleh memantau memori dalaman yang digunakan dan yang ada
dalam peranti.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Umum > Storan.
STORAN DALAMAN
•
Jumlah ruang – Memaparkan jumlah amaun ruang dan ruang yang
tersedia dalam memori dalaman telefon anda dalam teks dan dengan
graf bar berkod warna (ruang tidak digunakan berwarna kelabu).
Aplikasi berkaitan dan amaun ruang yang mereka guna disenaraikan di
bawah setiap pengguna peranti.
KAD SD
•
Jumlah ruang – Memaparkan jumlah amaun ruang dan baki ruang
yang tersedia dalam kad memori anda.
•
Melekap/Menyahlekap kad SD – Membolehkan anda melekap atau
tidak melekapkan kad SD anda.
•
Padam kad SD – Membolehkan anda memadam semua data pada kad
SD anda.
Penjimatan bateri & kuasa
Memaparkan status bateri semasa termasuk peratusan baki pengecasan
dan keadaan pengecasan.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Umum > Penjimatan bateri & kuasa.
•
Penggunaan bateri – Memaparkan tahap penggunaan dan butiran
penggunaan bateri. Ketik salah satu item untuk melihat maklumat
yang lebih terperinci.
•
Peratusan bateri pada bar status – Tanda semak untuk memaparkan
peratusan tahap bateri pada bar status di sebelah ikon Bateri.
Keselamatan
Gunakan menu ini untuk mengkonfigurasi cara membantu menyelamatkan
telefon anda dan datanya.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Umum > Keselamatan.
•
Kunci kandungan – Pilih jenis kunci untuk mengunci memo untuk
QuickMemo+.
•
Enkripsikan telefon – Membolehkan anda mengenkripsi data pada
telefon untuk keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN
atau kata laluan untuk menyahsulit telefon anda setiap kali anda
menghidupkannya.
•
Sulitkan penyimpanan kad SD – Menyulitkan storan kad SD dan
memastikan data tidak tersedia untuk peranti lain.
•
Sediakan kunci kad SIM – Tetapkan PIN untuk mengunci kad SIM
anda dan membolehkan anda menukar PIN.
•
Menaip kata laluan boleh dilihat – Membolehkan menunjukkan
secara ringkas setiap aksara kata laluan apabila anda memasukkannya
supaya anda dapat melihat apa yang anda masukkan.
•
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir telefon.
•
Sumber tidak diketahui – Membolehkan pemasangan aplikasi bukan
Play Store.
•
Mengesahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran
sebelum pemasangan aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
•
Jenis storan – Memaparkan jenis simpanan semasa.
•
Pengurusan Sijil – Membolehkan anda mengurus sijil keselamatan
anda.
•
Trust agents – Pilih aplikasi untuk digunakan tanpa membuka kunci
skrin.
•
Pin skrin – Anda boleh mendayakan peranti anda untuk hanya
menunjukkan skrin aplikasi tertentu menggunakan pin skrin.
•
Aplikasi dengan capaian penggunaan – Membolehkan anda melihat
maklumat penggunaan aplikasi pada telefon anda.