ASUS ASUS ZenWatch 2 ‏(WI501Q)‏ Benutzerhandbuch

Seite von 58
26
E-Manual ASUS ZenWatch
Senarai tindakan
Remind me (Ingatkan saya) - Gunakan ini untuk mencipta 
peringatan yang menyegerak secara automatik dengan akaun 
Google anda. Pada tarikh tugasan/peristiwa, Google Now 
menghantar kad pemberitahuan untuk mengingatkan anda 
mengenainya.
Show me my steps (Tunjukkan langkah-langkah saya) - Pilihan ini 
membolehkan anda menjejaki bilangan langkah harian anda bagi 
tujuan kecergasan.
Send a text (Hantar teks) - Gunakan ini untuk menghantar mesej 
teks kepada mana-mana kenalan yang disimpan pada peranti anda 
yang berpasangan.
Email (E-mel) - Gunakan ini untuk mencipta atau membaca e-mel 
yang diterima daripada peranti anda yang berpasangan.
Agenda - Gunakan ini untuk melihat semua peristiwa yang 
dijadualkan pada kalendar peranti anda yang berpasangan. 
Nevigate (Navigasi) - Gunakan ini untuk mencari tempat dan 
destinasi tertentu. 
Set a timer (Tetapkan pemasa) - Gunakan ini untuk menetapkan 
pemasa kira undur. Selepas memilih pilihan ini, leret ke atas untuk 
melihat senarai pilihan pemasa.
Start stopwatch (Mulakan jam randik) - Gunakan ini untuk 
mendayakan ciri jam randik. Selepas memilih pilihan ini, ketik pada 
titik putih untuk memulakan jam randik. 
Set an alarm (Tetapkan penggera) - Gunakan ini untuk 
menetapkan penggera. Selepas memilih pilihan ini, leret ke atas atau 
ke bawah untuk melihat senarai pilihan masa penggera. 
Settings (Tetapan) - Gunakan ini untuk mengkonfigurasi paparan, 
ketersambungan dan tetapan peranti ASUS ZenWatch anda.
Start (Mula) - Gunakan pilihan ini untuk mengakses aplikasi 
tergabung yang boleh anda gunakan dengan ASUS ZenWatch anda.