Philips AC4064 Benutzerhandbuch

Seite von 56
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di  
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh 
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke 
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda  akan 
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 1).
soalan lazim
Bab ini menyenaraikan soalan lazim mengenai perkakas ini. Jika anda tidak dapat mencari jawapan
bagi soalan anda, hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Am:
Soalan
Jawapan
Mengapakah mod fungsi/
masa yang dipilih tidak 
berfungsi?
Perkakas mungkin berada dalam mod bersedia atau mungkin 
dimatikan.
Mengapakah perkakas
tidak berfungsi?
Terdapat masalah sambungan. Periksa jika plag telah dimasukkan di
dalam soket dinding dengan betul.
Perkakas mungkin tidak dihidupkan. AC4064/AC4054: tekan butang 
pilihan fungsi. AC4062/AC4052: tekan butang hidup/mati.
Penapis habuk, penapis gas atau panel hadapan mungkin tidak 
diletakkan dengan betul. Masukkan semula penapis dan sambungkan
semula panel hadapan.
Jika anda menjalankan pemeriksaan di atas dan perkakasnya masih
tidak berfungsi, ia mungkin rosak. Cabut plag perkakas dan bawanya ke 
penjual Philips anda atau pusat servis Philips yang sah.
Mengapakah udara
bersih tidak keluar 
dengan lancar dari salur 
keluar udara?
Pra-tapis mungkin tersumbat. Bersihkan pra-tapis (liha bab 
‘Membersih dan menyelenggara’).
Mungkin and terlupa untuk mengeluarkan pembaluk plastik penapis
baru. Keluarkan pembalut plastik sebelum anda menghidupkan 
perkakas sekali lagi.
Salur masuk atau salur keluar udara mungkin terhalang oleh objek luar.
Keluarkan objek yang menghalang salur masuk atau salur keluar udara.
Mengapakah baunya tidak
disingkirkan dengan betul?
Penapis gas mungkin kotor atau mungkin telah mencapai akhir 
hayatnya. Bersihkan penapis gas (lihat bab ‘Membersih dan
menyelenggara’) atau gantikannya (lihat bab ‘Penggantian penapis’).
,
BAhAsA MElAyu