Philips gc6310 Benutzerhandbuch

Seite von 64
  
 Mengelap kerak air dan mendapan lain daripada tapak plat dengan kain yang lembap dan 
bahan pencuci (cecair) yang tidak melelas.
Tangki stim 
Biarkan perkakas menyejuk secukupnya sebelum anda menanggalkan tukup tangki stim.
Bilas tangki stim sekali sebulan atau selepas anda telah menggunakan perkakas kira-kira 10 kali.
 1 
 Tanggalkan tukup tangki stim dengan berhati-hati (Gamb. ).
  
 Bilas tangki stim dengan 500ml air bersih. Kemudian tunggangkan tangki stim di atas singki 
untuk menuangkan airnya (Gamb. 1).
  
 Pasang semula tukup pada tangki stim.
Penyimpanan
Pastikan perkakas telah menyejuk secukupnya sebelum anda menyimpannya.
 1 
 Cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding dan biarkan seterika menyejuk.
  
 Kosongkan tangki stim.
  
 Periksa dengan kerap jika kord sesalur kuasa dan hos bekalan masih tidak rosak dan selamat.
alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat 
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu 
memelihara alam sekitar (Gamb. 1).
Jaminan dan servis 
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di 
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan 
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat 
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan seterika anda. Sila baca 
setiap bahagian untuk mendapatkan butir-butir tambahan. Jika anda tidak dapat menyelesaikan 
masalah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Masalah
Penyebab
Penyelesaian
Perkakas tidak
menjadi panas.
Terdapat masalah sambungan.
Periksa kord sesalur kuasa, palam
dan soket dinding.
Tangki stim tidak dihidupkan.
Pastikan suis tangki stim ditetapkan
ke ‘hidup’.
Suhu yang dipilih terlalu rendah.
Pilih suhu yang lebih tinggi.
Seterika tidak dihidupkan.
Pastikan suis seterika ditetapkan ke
‘hidup’.
,
Bahasa MElayu
5