Philips hd7466 Benutzerhandbuch

Seite von 11
BAHASA MELAYU
Gambaran umum (gamb. 1)
.
A Kord dengan plag sesalur kuasa
B Suis Hidup/mati
C Pembancuh kopi
D Tudung pembancuh kopi
E Pemegang turas
F Tudung jag
G Jag
Penting
.
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpan
untuk rujukan di masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag, atau perkakas itu sendiri
rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Jangan letakkan pembancuh kopi di atas permukaan panas dan pastikan kord
sesalur kuasa utama tidak bersentuhan dengan permukaan panas.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur
kuasa tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja tempat perkakas
disimpan.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas didalam air atau apa-apa cecair lain.
Cabut plag perkakas jika masalah berlaku semasa penjerangan dan sebelum
membersihkannya.
Bersedia untuk menggunakannya
.
1
Bersihkan jag dan pemegang turas (lihat bab 'Membersihkan').
2
Letak perkakas di atas permukaan yang rata dan stabil.
3
Masukkan plag ke dalam soket dinding yang dibumikan.
Anda boleh menyimpan kord yang berlebihan dengan menolaknya ke dalam
bukaan di belakang pembancuh kopi (gamb. 2).
Membilas perkakas
1
Bukakan tudung (gamb. 3).
2
Isikan tangki air dengan air sejuk baru sehingga ke penunjuk MAX dan letakkan
jag di tempatnya (gamb. 4).
Jangan masukkan turas dan serbuk kopi di dalam pemegang turas.
3
Hidupkan perkakas dengan menekan butang hidup/mati (gamb. 5).
Lampu menyala.
Biarkan perkakas hidup sehingga tangki air benar-benar kering.
4
Matikan perkakas apabila semua airnya berada di dalam jag..
5
Biarkan perkakas menjadi sejuk selama 3 minit sebelum anda mula membancuh
kopi.
Menggunakan perkakas
.
1
Bukakan tudung (gamb. 3).
2
Isikan tangki air dengan air sejuk yang baru (gamb. 6).
Penunjuk paras air menunjukkan jumlah air di dalam tangki air. Senggatannya sepadan
dengan cawan besar (125ml). Pastikan paras air tidak melebihi penunjuk MAX.
3
Tutupkan tudung.
4
Letakkan jag di atas plat panas.
5
Buka pemegang turas (gamb. 7).
6
Ambil turas kertas (jenis 1x2 atau no. 2) dan lipat pinggir berkedap
supaya tidak terkoyak dan terlipat.
Di sesetengah negara pembancuh kopi ini disertakan dengan turas yang kekal. Jika
demikian, anda tidak seharusnya menggunakan turas kertas.
7
Masukkan turas ke dalam pemegang turas.
8
Masukkan kopi yang sudah dikisar (kisaran halus ditapis) ke dalam turas (gamb.
8).
Bagi cawan besar: gunakan satu sudu penyukat penuh serbuk kopi bagi setiap cawan.
Bagi cawan kecil: gunakan satu sudu penyukat rata serbuk kopi bagi setiap cawan.
9
Tutupkan pemegang turas.
10
Hidupkan perkakas dengan menekan butang hidup/mati (gamb. 5).
B
Lampu menyala.
11
Apabila semua air sudah melalui turas, anda boleh mengeluarkan jag dari
perkakas.
12
Matikan perkakas setelah digunakan.
13
Angkat pemegang turas dan buang kertas turas.
14
Bersihkan jag dan pemegang turas boleh tanggal dalam air yang panas dengan
sedikit cecair mencuci atau di dalam mesin basuh pinggan mangkuk (gamb. 9).
15
Jika anda telah menggunakan turas kekal, kosongkan dan bilasnya.
16
Jika anda hendak membancuh satu jag kopi lagi, biarkan perkakas menyejuk
selama 3 minit sebelum anda mula membancuh kopi semula.
Pembersihan
.
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula membersihkannya.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.
1
Bersihkan bahagian luar perkakas dengan kain lembap.
2
Bersihkan jag dan pemegang turas boleh tanggal dalam air yang panas dengan
sedikit cecair mencuci atau di dalam mesin basuh pinggan mangkuk (gamb. 9).
Penanggalan kerak
.
Penanggalan kerak secara kerap akan melanjutkan hayat perkakas dan akan menjamin
hasil pembancuhan yang unggul untuk masa yang lama.
Bagi penggunaan biasa (dua jag penuh kopi setiap hari), tanggalkan kerak pada
pembancuh kopi anda:
- 2 atau 3 kali setahun jika anda menggunakan air lembut (kurang dari 18DH).
- 4 atau 5 kali setahun jika anda menggunakan air keras (lebih dari 18DH).
Rujuk kepada lembaga air tempatan anda untuk maklumat kekerasan air di tempat
anda.
1
Isikan tangki air dengan cuka putih (4% asid asetik). Jangan masukkan turas atau
serbuk kopi ke dalam pemegang turas.
2
Biarkan sehingga perkakas melengkapkan dua kitaran menjerang.
Lihat bab 'Menggunakan perkakas. Biarkan perkakas menjadi sejuk sebeum anda
memulakan semula pusingan kedua.
3
Biarkan lagi sehingga perkakas melengkapkan dua kitaran tambahan menjerang
dengan air sejuk yang baru untuk menanggalkan apa-apa sisa cuka dan kerak.
Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak cecair yang bersesuaian. Jika
demikian, ikuti arahan yang diberikan bersama-sama penanggal kerak.
Jangan gunakan serbuk penanggal kerak.
4
Bersihkan bahagian-bahagian yang boleh ditanggalkan (lihat bab 'Pembersihan').
Aksesori
.
Anda boleh memesan jag baru dari penjual Philips anda atau pusat servis Philips
di bawah nombor jenis HD7980.
Anda boleh memesan turas kekal dari penjual Philips anda atau pusat servis
Philips di bawah nombor rujukan 9965 00013 387 (turas kopi nilon kekal).
Alam sekitar
.
1
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membentu memelihara alam sekitar (gamb. 10).
Jaminan dan servis
.
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web
Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara
anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia).
Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips
tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
4222 001 99732
4/11