Philips AC4118 User Manual

Page of 56
Jika mutu udara dalam bangunan tidak baik (contohnya, disebabkan merokok atau memasak atau 
selepas pengubahsuaian), kami amat menyarankan agar anda membuka tingkap apabila anda 
menggunakan perkakas untuk meningkatkan peredaran udara.
Perkakas hanya dimaksudkan untuk penggunaan dalam rumah di bawah keadaan pengoperasian 
yang biasa.
Jangan gunakan perkakas di persekitaran yang basah atau dalam persekitaran dengan suhu 
ambien yang tinggi, seperti dalam bilik mandi, tandas atau dapur.
Perkakas tidak menghilangkan karbon monoksida (CO).
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). 
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat 
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
Meletakkan penapis gas zeolite
Perkakas dibekalkan dengan semua penapis, kecuali penapis gas zeolite, dipasangkan di dalam. 
Petua: Letakkan perkakas pada dinding agar lebih stabil apabila anda mengeluarkan atau memasukkan 
penapis.
 Nota: Pastikan anda memasukkan penapis dalam kedudukan yang betul (dengan anak panah 
menghadap ke arah atas).
Nota: Perkakas dilengkapi dengan peranti keselamatan. Jika anda tidak meletakkan penapis zarah ESP, 
penapis gas zeolite dan panel hadapan dengan betul, anda tidak boleh menghidupkan perkakas.
 1 
Letakkan jari anda di dalam ceruk sisi panel. (Gamb. 2)
  
Tarik bahagian atas panel hadapan perkakas (1) dengan perlahan-lahan dan tarik panel ke atas
untuk menanggalkannya (2) (Gamb. 3).
  
Untuk menanggalkan penapis zarah ESP, pegang pemegang penapis pada kedua-dua sisi
dan luncur keluarkan penapis dari perkakas perlahan-lahan. (Gamb. 4)
  
Keluarkan semua bahan pembungkusan dari penapis gas zeolite dan luncur masukkan penapis
ke dalam perkakas. (Gamb. 5)
Anda hanya boleh memasukkan penapis gas zeolite selepas anda telah mengeluarkan penapis
zarah.
5
Untuk memasukkan penapis zarah Zeolite, luncur masukkannya ke dalam perkakas
(‘klik’) (Gamb. 6).
 6 
Untuk menyambungkan semula panel hadapan, masukkan bahagian tepi sebelah bawah dahulu
(1) dan kemudian tekan bahagian atas semula (2) (Gamb. 7).
Menggunakan perkakas
AC4064/AC4054
 1 
 Pasangkan plag di soket dinding.
Lampu bersedia menyala (Gamb. 8).
  
Tekan butang pilihan fungsi satu atu lebih banyak kali untuk memilih fungsi dan seting yang
dikehendaki (Gamb. 9).
Lampu yang bersamaan menyala dan lampu bersedia terpadam.
Kawalan UdaraCerdik: penderia binaan dalam menentukan kualiti udara ambien dan memilih
secara automatik kelajuan yang paling sesuai. Dalam beberapa minit yang pertama selepas
-
-
-
-
,
,
,
BAhAsA MElAyu