Jabra C820s User Manual

Page of 25
52
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
53
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra C820s stereo headphones
•  Tanggungjawab produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada 
pembaikan atau penggantian produk atas budi bicara mutlaknya
•  Sebarang waranti tersirat terhadap produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad 
kepada satu tahun dari tarikh pembelian bagi semua bahagian, termasuklah 
sebarang kord dan penyambung
•  Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen 
hayat terhad dan guna habis yang boleh haus dan lusuh, seperti pelindung 
mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan aksesori lain
•  Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang 
kerosakan sampingan atau langsung yang timbul akibat penggunaan atau 
penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)
•  Waranti ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai hak-
hak lain yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain
•  Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak 
dibenarkan, dalam sebarang keadaan, untuk cuba melaksanakan servis, 
penyesuaian atau pembaikan terhadap unit ini, sama ada semasa atau 
selepas tempoh waranti. Ia mestilah dikembalikan ke tempat pembelian, 
kilang atau agensi servis yang bertauliah bagi menjalankan semua kerja-
kerja seumpamanya
•  Jabra (GN Netcom) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk 
sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. 
Sebarang kerja pembaikan terhadap produk Jabra (GN Netcom) oleh pihak 
ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan waranti
13.  Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan
China
Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.
Republik Korea:
Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan 
Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal 
Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan
Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian 
Pengangkutan dan Komunikasi).
Singapura
Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA) 
untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah 
tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan 
gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima 
sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin 
menyebabkan operasi yang tidak diingini.
CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan 
R & TTE (99/5/EC).
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang 
penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan 
mendapat lesen.Tanda niaga-tanda niaga dan nama dagang lain adalah 
milik pemilik masing-masing.