Philips HR1619 User Manual

Page of 100
41
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya 
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome
perihalan umum (gamb. 1)
A  Pemilih kelajuan
B  Butang hidup/mati
C  Butang kelajuan turbo
D  Unit motor
E  Butang pelepas
F  Bar pengisar dengan unit bilah bersepadu
G  Penutup pelindung bar pengisar
H Bikar
I  Tudung bikar
J Pemukul
K  Unit gandingan pemukul
L  Penutup pelindung untuk unit mata pisau
M Penolak
N  Tudung mangkuk
O  Cakera gabungan (penghirisan/pemayangan)
P  Pemegang alat
Q  Unit pisau 
R  Butang pelepas tudung
S Mangkuk
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk 
rujukan masa depan.
Bahaya
 - Jangan sekali-kali merendam unit motor di dalam air atau sebarang cecair lain, mahupun 
membilasnya di bawah pili air. Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor.
amaran
 - Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa 
tempatan anda.
 - Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak.
 - Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh 
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
 - Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang 
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali 
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang 
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
 - Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan 
perkakas ini.
 - Jangan gunakan jari anda atau objek (contohnya spatula) untuk menolak bahan-bahan ke dalam 
tiub suapan semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolak untuk tujuan ini.
 - Jangan sentuh pinggir keratan unit mata pisau dan cakera gabungan, terutamanya apabila 
perkakas diplag masuk. Pinggir keratan adalah sangat tajam.
 - Jika unit pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum anda mengeluarkan bahan-bahan 
yang menyekat unit pisau.
BaHasa MElayu