Philips HR1619 User Manual

Page of 100
Mencarisilapan
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dalam menggunakan perkakas 
ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/
support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara 
anda. 
Masalah
Penyelesaian
Perkakas tidak berfungsi.
Perkakas ini dilengkapi pelindung lampau panas. Jika perkakas 
menjadi terlampau panas, ia mati secara automatik. Tanggalkan plag 
perkakas dan biarkan ia menyejuk selama 5 minit. Kemudian 
pasang semula plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan 
hidupkan semula perkakas. Sila hubungi penjual Philips anda atau 
pusat servis Philips yang sah jika pelindung lampau panas terlalu 
kerap diaktifkan.
Unit motor mengeluarkan 
bau yang tidak menyenangkan 
sewaktu perkakas digunakan 
pada beberapa kali yang 
pertama.
Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Jika perkakas terus 
mengeluarkan bau busuk selepas digunakan beberapa kali, periksa 
jumlah yang sedang anda proses dan masa pemprosesannya.
Perkakas mengeluarkan bunyi 
bising, bau yang tidak 
menyenangkan, terlalu panas 
apabila disentuh, 
mengeluarkan asap, dsb.
Berhenti menggunakan perkakas dan buka plag. Pergi ke pusat 
servis Philips yang terdekat atau wakil penjual anda untuk 
mendapatkan bantuan.
Resipi
Resipi roti buah
 - 150g buah kurma
 - 225g buah prun
 - 50g badam
 - 50g walnut
 - 100g kismis
 - 200g tepung rai lengkap
 - 100g tepung gandum
 - 100g gula perang
 - sedikit garam
 - 1 paket serbuk penaik
 - 300ml susu mentega
 1 
 Masukkan bahan ramuan, kecuali susu mentega, ke dalam mangkuk mengikut tertib berikut: 
kurma, prun, badam, walnut, kismis, tepung rai lengkap, tepung gandum, gula perang, garam dan 
serbuk penaik.
 2 
 Dengan berhati-hati ratakan bahan-bahan itu dengan tangan anda. 
 3 
 Tambahkan susu mentega.
 4 
 Sebatikan bahan ramuan pada tetapan turbo paling lama 5 saat. 
 5 
 Letakkan doh yang telah sebati ke dalam tin pembakar segi empat bujur dan bakar selama 40 
minit pada suhu 170°C. 
BaHasa MElayu
47