LG E975 Optimus G User Guide

Page of 340
42
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
Gunakan kabel data USB untuk menyambung telefon anda kepada PC. Jenis 
senarai sambungan USB akan muncul; pilih perisian LG.
Jalankan program LG PC Suite pada PC anda. Rujuk bantuan perisian PC (LG PC 
Suite) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
NOTA: Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan 
peranti LG ke PC. Ia dipasang secara automatik apabila anda memasang 
perisian LG PC Suite.
Memindahkan muzik, gambar dan video menggunakan mod penyimpanan 
massa USB
Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB.
Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda 
akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. Pilih 
Tetapan sistem. 
>Sambungan PC > USB Jenis sambungan, lalu pilih Penyegerakan media 
(MTP).
Anda kini akan dapat melihat kandungan penyimpanan massa pada PC anda dan 
memindahkan fail tersebut.
Segerakkan dengan Windows Media Player
Pastikan Windows Media Player dipasang pada PC anda.
Gunakan kabel USB untuk menyambungkan telefon kepada PC yang telah 
memasang Windows Media Player.
Pilih pilihan 
Penyegerakan media (MTP). Apabila bersambung, tetingkap pop 
timbul akan muncul pada PC.
Buka Windows Media Player untuk menyegerakkan fail muzik.
Edit atau masukkan nama peranti anda ke dalam tetingkap pop timbul (jika perlu).
Pilih dan seret fail muzik yang anda inginkan kepada senarai penyegerakan.
Mulakan penyegerakan.
Keperluan berikut mestilah dipenuhi untuk menyegerak dengan Windows Media 
Player.