LG V490 Owner's Manual

Page of 326
107
Keselamatan
Enkripsikan tablet – Membenarkan anda mengenkrip data di tablet anda 
untuk keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN atau kata laluan 
untuk mendekrip tablet anda setiap kali anda menghidupkannya.
Sulitkan penyimpanan kad SD – Membolehkan anda menyulitkan data pada 
MikroSD untuk keselamatan. 
Sediakan kunci kad SIM – Membolehkan anda menetapkan jika anda mahu 
PIN perlu untuk menggunakannya, atau jika ditetapkan, membolehkan anda 
menukar PIN.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Menunjukkan aksara akhir bagi kata laluan 
yang disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktif pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Membolehkan pemasangan aplikasi daripada 
aplikasi bukan Play Store.
Mengesahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran 
sebelum pemasangan aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
Jenis storan – Memaparkan jenis storan untuk sijil.
Pentauliahan Dipercayai – Memaparkan sijil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan butiran – Keluarkan semua sijil.
Trust agents – Lihat atau menyahaktifkan Ejen dipercayai.
Pin skrin – Ciri ini membolehkan anda untuk mengunci peranti anda supata 
pengguna semasa hanya boleh mengakses aplikasi yang dipinkan. Ini adalah 
berguna untuk pengguna dengan kanak-kanak.
Aplikasi dengan capaian penggunaan - Membolehkan untuk melihat 
maklumat penggunaan aplikasi.