LG V490 Owner's Manual

Page of 326
11
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca 
yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-
siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Tablet anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan 
biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan 
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan 
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-
jaga apabila mengendalikan peranti anda atau betul-betul selepas 
menggunakannya.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk 
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba mempercepat proses pengeringan 
menggunakan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang 
mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna label produk dalam peranti 
anda. Kerosakan pada peranti anda akibat terdedah kepada cecair tidak 
dilindungi di bawah waranti anda.
• Gunakan tablet anda dalam suhu antara 0 ºC dan 40 ºC, jika boleh. 
Mendedahkan peranti anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi 
akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Operasi peranti yang cekap
Peranti elektronik
Semua peranti tablet mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan 
prestasi.
• Jangan gunakan peranti tablet anda berhampiran kelengkapan perubatan 
tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletak tablet di atas perentak jantung, 
contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh peranti tablet.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.