LG V500 User Guide

Page of 304
29
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan tablet untuk seketika, skrin akan terpadam 
dan terkunci secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci 
ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri. Apabila anda tidak 
menggunakan tablet anda, tekan 
Kekunci Kuasa/Kunci   untuk mengunci 
tablet anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin 
anda, ia mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan 
agar keluar daripada semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk 
mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti akses web dan komunikasi 
data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan 
Kekunci Kuasa/Kunci  . Skrin 
kunci akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah 
untuk membuka kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan 
terbuka.