LG V500 User Guide

Page of 304
44
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan 
menjalankan aplikasi yang sepadan, bukan daripada menu Bluetooth seperti 
mana kebanyakan telefon mudah alih yang lain.
NOTA: 
• LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau 
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri wayarles 
Bluetooth.
• Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan 
peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat 
halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
• Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh 
Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan tablet anda 
dengan peranti Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum 
anda menyambung padanya.
Dari skrin Utama, ketik 
Aplikasi 
 > Tab 
Apl > Tetapan 
 > 
Bluetooth 
dari RANGKAIAN TANPA WAYAR.
Ketik 
 untuk menghidupkan Bluetooth. Anda akan melihat pilihan 
bagi menjadikan tablet anda dapat dilihat. Kemudian ketik 
Mencari peranti 
untuk melihat peranti dalam lingkungan.
Pilih peranti yang hendak anda perpasang daripada senarai.
Setelah perpasangan berjaya, peranti anda akan menyambung kepada 
peranti.