LG V500 User Guide

Page of 304
6
• Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti 
pemesejan, memuat naik dan memuat turun, penyegerakan auto, atau 
menggunakan perkhidmatan lokasi. Untuk mengelakkan caj tambahan, 
pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pembawa 
perkhidmatan anda untuk mendapatkan butiran tambahan.
Tanda dagangan
• LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar LG Electronics.
• Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya 
masing-masing.
DivX HD
TENTANG VIDEO DIVX: DivX® adalah format video digital yang dicipta 
oleh DivX, LLC, syarikat subsidiari Rovi Corporation. Ini adalah peranti DivX 
Certified® rasmi yang telah lulus ujian rapi untuk mengesahkan bahawa ianya 
memainkan video DivX. Lawati www.divx.com untuk maklumat lanjut dan 
alatan perisian untuk menukar fail anda menjadi video DivX. 
TENTANG DIVX VIDEO-ON-DEMAND: Peranti DivX Certified® ini mesti 
didaftarkan untuk memainkan wayang DivX Video-on-Demand (VOD) 
yang dibeli. Untuk mendapatkan kod pendaftaran anda, cari seksyen 
VOD DivX dalam menu persediaan peranti anda. Pergi ke vod.divx.com 
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyelesaikan 
pendaftaran anda.
DivX Certified® untuk memainkan video DivX® sehingga HD 720P, termasuk 
kandungan premium.
DivX®, DivX Certified® dan logo yang berkaitan adalah tanda dagangan Rovi 
Corporation atau syarikat subsidiarinya dan digunakan dengan kebenaran.