LG D958 Owner's Manual

Page of 366
52
Mesej
Telefon anda menggabungkan SMS dan MMS ke dalam satu menu intuitif yang mudah 
digunakan.
Menghantar mesej
1  
Ketik   pada skrin Utama dan ketik   untuk membuka mesej kosong.
2  
Masukkan nama kenalan atau nombor panggilan dalam medan 
Hingga. Setelah 
anda memasukkan nama kenalan, kenalan yang sepadan akan muncul. Anda 
boleh mengetik penerima yang dicadangkan. Anda boleh menambahkan lebih 
daripada satu kenalan.
NOTA: Anda akan dikenakan caj bagi setiap orang yang dihantar mesej teks 
tersebut.
3  
Ketik medan 
Tulis Mesej dan mula mengarang mesej anda.
4  
Ketik
 
 untuk membuka menu Pilihan. Pilih daripada 
Mesej segera, 
Memasukkan senyuman, Penghantaran dijadual, Tambah subjek dan Buang. 
PETUA! Anda boleh ketik ikon 
 untuk melampirkan fail yang anda ingin 
kongsi bersama mesej.
5  
Ketik 
Hantar untuk menghantar mesej anda.
6  
Maklum balas akan muncul pada skrin. Semasa anda melihat dan menghantar 
mesej tambahan, urutan mesej akan diwujudkan.
 AMARAN: 
Had 160 aksara mungkin berbeza dari negara ke negara bergantung kepada 
bahasa dan cara SMS dikodkan.
Jika fail imej, video, atau audio ditambah pada mesej SMS, ia akan secara 
automatik ditukar menjadi mesej MMS, dan akan dikenakan bayaran 
sewajarnya.