LG V500 G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
104
Kemas kini perisian tablet
Ciri ini membenarkan anda mengemas kini perisian tegar tablet anda ke 
versi terkini dengan mudah dari internet tanpa perlu untuk melawat pusat 
servis. Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila 
lawat: http://www.lg.com  
Oleh sebab kemas kini perisian tegar peranti mudah alih memerlukan 
perhatian penuh pengguna berhubung durasi proses kemas kini, sila 
pastikan anda memeriksa semua arahan dan nota yang muncul pada setiap 
langkah sebelum meneruskan. Sila ambil perhatian bahawa mencabut kabel 
data USB atau bateri semasa naik taraf boleh menyebabkan kerosakan teruk 
kepada tablet anda.
Kemas kini LG Tablet Software (Perisian Tablet LG) 
melalui teknologi Over-the-Air (Atas Udara - OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar tablet anda kepada 
versi lebih baru dengan mudah melalui OTA tanpa perlu menyambungkan 
kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi 
lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda. Mula-mula, anda 
boleh periksa versi perisian pada tablet anda: 
Dari skrin Utama, ketik 
Kekunci Menu 
 > 
Tetapan sistem > Perihal tablet 
Maklumat perisian.
Untuk melaksanakan kemas kini perisian tablet, dari skrin Utama, ketik 
Kekunci Menu 
 > 
Tetapan sistem > Perihal tablet > Pusat kemaskini > 
Kemaskini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.
Kemas kini perisian tablet