LG V500 G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
26
Mengoptimumkan Hayat Bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara caj dengan mematikan ciri 
yang anda tidak perlu jalankan di dalam latar belakang. Anda juga boleh 
mengawasi bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa 
bateri. 
Untuk memanjangkan hayat bateri anda
• Matikan komunikasi radio yang tidak anda gunakan, seperti Wi-Fi, 
Bluetooth atau GPS. 
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan tamat masa skrin yang lebih 
pendek.
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail™, Kalendar, Kenalan dan 
aplikasi-aplikasi lain.
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin boleh 
mengurangkan hayat bateri anda.
• Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
Untuk memeriksa paras cas bateri
Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet > Bateri.
Status bateri (mengecas atau tidak mengecas) dan paras dipaparkan di 
bahagian atas menu skrin.
Untuk mengawal dan mengawasi penggunaan bateri
Dari skrin Utama, ketik 
Aplikasi 
 > 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet > 
Bateri > Penggunaan bateri.
Bahagian bawah skrin memaparkan masa penggunaan kuasa bateri dan 
juga menyenaraikan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan kuasa 
bateri dari jumlah terbesar kepada terkecil.