LG V500 G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
33
Cubit-untuk-Zum
Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau 
mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan 
penyemak imbas atau Peta atau semasa menyemak imbas gambar.
Putar skrin
Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut 
orientasi fizikal peranti.
NOTA: 
• Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
• Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan 
sentuhan yang ringan dan kukuh.
• Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda 
kehendaki. Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.
Skrin utama
Hanya sapukan jari anda ke kiri atau kanan untuk melihat panel. Anda boleh 
suaikan setiap panel dengan apl, muat turun, widget dan kertas dinding.
NOTA: Sesetengah imej skrin mungkin berlainan bergantung pada rantau 
anda.
Pada skrin Utama anda, anda boleh melihat ikon menu di bahagian bawah 
skrin. Ikon menu memberikan akses mudah satu sentuhan kepada fungsi 
yang paling kerap anda gunakan.