LG V500 G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
62
Mengezum Langsung
Mengezum Langsung membolehkan anda mengezum masuk atau 
mengezum keluar pada bahagian video yang sedang dimainkan untuk 
membuat imbasan yang dikehendaki kelihatan lebih besar atau lebih kecil.
Semasa menonton video, gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam 
gerakan mencubit atau mengembang untuk mengezum masuk atau keluar.
NOTA: 
• Semasa dalam mod main balik video, luncurkan skrin ke atas atau ke 
bawah untuk melaraskan kecerahan skrin.
• Semasa dalam mod main balik video, luncurkan skrin ke kiri atau ke 
kanan untuk putar balik semula atau ke hadapan.
NOTA: Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk 
mengesan sentuhan yang ringan namun teguh.
Melaraskan volum semasa melihat video
Untuk melaraskan volum video semasa ia sedang dimainkan, gunakan 
Kekunci Volum di sisi kanan tablet.