LG V500 G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
5
Tentang panduan pengguna ini
• Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. 
Ini akan memastikan bahawa anda menggunakan peranti anda dengan 
selamat dan dengan betul.
• Sesetengah imej dan syot layar yang disediakan dalam panduan ini 
mungkin nampak berbeza pada tablet anda.
• Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada 
perisian yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. 
Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal. 
Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman web LG diwww.lg.com.
• Aplikasi peranti anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, 
wilayah, atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan 
terhadap sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan 
aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
• LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi 
atau ketidakserasian yang timbul akibat tetapan daftar yang diedit atau 
perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk 
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau 
aplikasinya tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
• Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan 
bersama peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. 
Jika anda memetik dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan 
perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar undang-undang 
hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya 
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
Tentang panduan pengguna ini